HASNOL AZMI ENT

Penternakan Lintah boleh menjana pendapatan sekiranya ianya dilakukan dgn cara yang betol...........
InsyaAllah akan berjaya dengan doa bersertakan dgn usaha...

Monday, August 25, 2008

Ringkasan tentang lintah

Secara ringkasnya,lintah adalah haiwan yang mempunyai kedua dua jantina...tiada jantan dan tiada betina..dia la jantan,dia la betine...oleh sebab itu,tak payahla nak kacuk kacuk..haha..
penjagaan yang simple...hanya utamakan habitatnya kerana habitat memainkan peranan yang penting untuk lintah membiak..makanan lintah yang saya tau buat masa ni adalah belut, jelly darah lembu,makanan organik...tapi seelok eloknye belut laa..makanan deorang ni la sebenarnye pemangkin untuk deorang bertelur dengan lebih kerap..air yang digunakan mestilah beralkali dan tak berasid..makan pun kasik 2 kali seminggu je..tu pun da cukup banyak..
atap sangat penting supaya air hujan tak masuk direct ke dalam kolam, bila air hujan masuk direct, telur telur lintah mungkin akan terpercik ke dinding kolam..risiko tu..
risiko lain adalah seperti berudu, siput, jentik jentik...selalunye pemangsa nih ade kat pokok kiambang yang digunakan dalam kolam tu...jadi cucilah bersih bersih...nak elok lagi, carilah treatment air supaya air tak berbau sebab lintah kalo da kenyang sangat,ia akan muntahkan balik darah yang disedut tu..jadi pepandailah jage kualiti air tu...
kolam yang boleh dipilih adalah jenis kanvas, poly tank, tanah atau simen..semua ada kelemahan dan semua ade kebaikan..pilih la sewajarnya..
seelok eloknya pagarlah kawasan tu kerana mungkin ade pemangsa seperti org dengki dan pencurik..hahaha...adios~